Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DIPERLI PEKERJA KETIKA MEMBELI – TV.PPIM – 23/01/2020
24 Jan 2020

02 l HAK UNTUK MEMILIH

Pernah tak anda alami keadaan seperti ini?

Sebagai pengguna rata-rata dari kita akan membuat keputusan membeli setelah mempertimbangkan keperluan, kemahuan dan juga berdasarkan bajet, namun apabila masuk ke kedai kemudian di ekori pula oleh si penjual kita seakan-akan terasa seperti mereka sedang memaksa pelanggan membuat keputusan dengan cepat. Yang paling teruk mereka terus membuat keputusan bagi pihak pelanggan dengan taktik menipu bahawa itu adalah stok terbaru ataupun itu adalah stok yang terakhir. Jika tidak membuat keputusan membeli sekarang, pelanggan akan rugi.

Ketahuilah hak kita sebagai pengguna dalam membuat keputusan dalam memilih. Bandingkan harga, kualiti dan juga keselesaan sampai kita puas hati.

Jom sertai kami di Facebook Group – Perjuangan Bersama Demi Pengguna dimana anda boleh melihat video-video yang bakal disiarkan secara premium dan berkongsi pengalaman anda bersama ahli yang lain.

Artikel oleh: TV.PPIM

DIPERLI PEKERJA KETIKA MEMBELI

https://www.youtube.com/watch?v=2sPwgxeK6Ek