Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2679) ENAM RUGI LEBIH RM200,000 – HARIAN METRO – 15/4/16
16 Apr 2016

mangser.png.transformed_0

Kuala Lumpur: Enam lelaki kerugian lebih RM200,000 selepas mendakwa wang pampasan insurans mereka ditipu peguam dan pegawai bank.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, penipuan itu dilakukan sejak sembilan tahun lalu dengan modus operandi mengeluarkan sebahagian wang pampasan milik mangsa tanpa persetujuan mereka.

“Pengeluaran wang itu menggunakan kaedah menipu tandatangan mangsa selain berpakat dengan pegawai bank untuk memudahkan transaksi itu.

“Malah ada antara mangsa juga tidak mendapat wang pampasan itu walaupun pihak insurans sudah mengeluarkan cek kepadanya,” katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/