Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
FASZZFOOD – PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DAN PATUH SYARIAH – BMF MEDIA TV – 15/04/2020
16 Apr 2020

Sepertimana yang kita semua tahu, mulai hari ini Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga dan dijangkakan akan berakhir pada 28 April ini. Pada ketika itu umat Islam telah pun memasuki bulan suci Ramadhan.

Amat sinonim bagi rakyat Malaysia, jika disebut tentang Ramadhan, pasti terbayang di minda mereka makanan-makanan yang sedap menanti mereka di meja makan sewaktu berbuka puasa. Seperti yang kita sedia maklum, tiada bazar Ramadhan yang akan dijalankan pada tahun ini. Namun, tiada bazar bukan lah bererti tiada makanan untuk berbuka.

Susulan hal ini, pihak Faszz Technology telah mengambil inisiatif bagi memastikan kita masih mampu mendapatkan makanan yang lazat walaupun tanpa bazar Ramadhan tahun ini.

Hari ini bertarikh 15 April 2020, satu perkhidmatan penghantaran makanan halal dan patuh syariah, FaszzFood telah dilancarkan di restoran Syed Bistro, Petaling Jaya. Perkhidmatan ini adalah inisiatif bersama Faszz Technology, Syed Food Industry dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan medium kepada pengguna untuk mendapatkan makanan yang mematuhi syariah Islam.

Program bersama 30 orang ‘rider’ ini akan beroperasi sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang bermula 10 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari.

Pengasas Faszz Technology, Dato’ Ishak Mohd Ishtiaq berkata servis penghantaran FaszzFood merupakan satu-satunya servis pembekal yang mendapat kelulusan sijil halal JAKIM. Servis yang ditawarkan adalah selaras dengan garis panduan ‘Halalan-Toyyiban’ yang dibawa oleh JAKIM.

Garis panduan ini dapat memastikan aspek-aspek halalan dan toyyiban merangkumi keadaan, situasi dan penghantaran.

“Kami akan memastikan servis yang diberikan oleh ‘rider-rider’ kami adalah mematuhi segala garis panduan ini sama ada dari segi keselamatan makanan, kebersihan, serta standard waktu penghantaran. Faktor-faktor ini penting dalam keadaan sekarang yang mencabar. Tambahan pula, ini adalah untuk menjaga kualiti servis yang akan diberikan kepada pelanggan.”

Servis penghantaran FaszzFood boleh didapatkan melalui panggilan atau whatsapp ke nombor https://wasap.co/60176268289/FaszzFood-bmf di mana pengguna boleh memilih menu yang sedia ada. One stop halal portal, www.faszzfood.com akan mula beroperasi bermula 20 April 2020 , ianya akan beroperasi sebagai e-commerce yag akan menerima perkhidmatan e-wallets, kad debit dan kad kredit. Penambahan FaszzFood versi aplikasi telefon bimbit boleh digunakan oleh semua pengguna android bermula 5 Mei 2020 dan 15 Mei 2020 untuk pengguna ios. Setelah hampir 30 tahun, Syed Food industri menyediakan rangkaian yang besar bagi deligasi tempatan dan Bukhara Briyani yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Fokus kepada inovasi makanan membawa kepada penghasilan makanan ‘ready-to-eat’ dan makanan sejuk beku oleh syarikat.

Melihat kepada perspektif pengguna pula, Dato’ Nadzim Johan, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat pelancaran servis ini sangat bertepatan dengan kehadiran bulan Ramadhan yang diikuti dengan Syawal.

Diharapkan dengan adanya FaszzFood ini mampu mendapat sambutan daripada pengguna kerana produk ini menerapkan unsur-unsur halal dan toyyiban.

Artikel oleh: BMF Media TV

FASZZFOOD – PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DAN PATUH SYARIAH

https://bmfmediatv.com/2020/04/15/faszzfood-perkhidmatan-penghantaran-makanan-halal-dan-patuh-syariah/