Pindaan akta Kastam 1967 bagi menaikkan denda minimum RM100,000 terhadap mereka yang memiliki rokok seludup dikhuatiri menimbulkan banyak kes pesalah teraniya kerana hukuman tidak setimpal dengan kesalahan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata denda tinggi itu sepatutnya dikenakan terhadap penyeludup rokok, bukan perniaga kecil atau individu yang memilikinya.
Tidak munasabah
Katanya, adalah tidak munasabah jika individu dikenakan denda RM100,000 ke atas atau penjara jika hanya didapati bersalah kerana menjual atau memiliki sekotak rokok seludup yang berharga serendah RM3.
“Lebih baik naikkan denda minimum kepada RM5 juta jika sekadar mahu menakutkan perniaga atau perokok sehingga sanggup mengetepikan aspek keadilan dalam hukuman.
“Kita bukanlah mahu membela mereka yang menjual atau menghisap rokok seludup kerana kesalahan tetap kesalahan, namun hukumannya kenalah masuk akal, berpatutan.
Tak beri ruang keadilan
“Pelaksanaan undang-undang yang terlalu ketat ini tidak memberi ruang keadilan kepada pesalah, hingga akan ada individu teraniyai, seperti yang banyak berlaku sebelum ini.
“Jika Banyak atau kuat mana sekali pun undang-undang tapi pelaksaan (terhadap penyeludup) lemah, tidak ada gunanya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Oktober lalu, kes bunuh diri peniaga runcit, Mohd Shukri Saad,38, viral di media sosial apabila lelaki itu sempat memuat naik status di Facebook menjelaskan alasan dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu dipenjara akibat menjual rokok seludup, selain enggan dua anaknya digelar anak banduan.
Mengikut cadangan pindaan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, individu memiliki,menyimpan mengangkut,menghantar,mengedar,menyorok dan menjual rokok atau minuman keras seludup dikenakan denda tidak kurang RM100,000 atau 10 kali nilai duti atau cukai yang mana lebih tinggi