Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JANGAN DESAK KERAJAAN – BERITA HARIAN – 25/05/2022
02 Jun 2022

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e-hailling, jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata desakan itu termasuk meminta pemansuhan keperluan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailling.

Beliau berkata, syarikat e-hailling mendakwa kementeriannya tidak membantu operator.

“Apa yang mereka minta ialah keistimewaan yang tidak pernah kita diberikan.

“Mereka katanya PSV tidak perlu. Ini bawa penumpang, bawa orang awam. Mengapa kita kenakan syarat PSV kepada pemandu teksi.

“Pada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling, mereka perlu mendapatkan PSV,” katanya di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, pengendali perkhidmatan e-hailling juga tidak boleh menyalahkan Kementerian Pengangkutan jika mereka gagal mencari pemandu kerana kementerian itu sudah memberi kelonggaran untuk kursus PSV dikendalikan di syarikat masing-masing.

Mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa Kementerian Pengangkutan memihak kepada operator e-hailling susulan kenyataan kementerian semalam, Ka Siong berkata, selepas mendengar alasan pengendali kepada media, beliau sudah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memulakan siasatan berhubung dakwaan tambang mahal yang dikenakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak memihak kepada pengendali dan merasakan alasan tambang meningkat berikutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sebagai tidak masuk akal.

Katanya, jika didapati pengendali mengambil kesempatan, tindakan boleh diambil terhadap operator perkhidmatan itu.

“Bila sampai satu tahap tiada pilihan lain jangan paksa saya buat sesuatu.

“Siasatan sedang berjalan dan kami mahukan siasatan mendalam,” katanya.

Ka Siong berkata, antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung lesen atau menarik balik lesen.

Beliau berkata, pengguna perlu tampil membuat aduan rasmi bersama bukti untuk tindakan diambil.

Sementara ituu, Ka Siong jua menasihatkan pengguna untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, apabila mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, ketika ini ada 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil, selain perkhidmatan teksi.

Katanya, pengguna boleh membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah, jika perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati bajet.

Artikel oleh: Berita Harian

JANGAN DESAK KERAJAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959299/jangan-desak-kerajaan