Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KES KESAN SAMPINGAN VAKSIN BANDUAN PENJARA KAJANG DISIASAT – UTUSAN MALAYSIA – 04/01/2022
08 Jan 2022

PUTRAJAYA: Laporan-laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) berkaitan Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang yang diklasifikasikan sebagai serius termasuk melibatkan kematian sedang dalam proses penyiasatan.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, dalam masa sama, siasatan juga dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.

“Laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubung kait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan.

“Kementerian Kesihatan melalui NPRA memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin Covid-19 melalui pemantauan laporan AEFI. Kesemua laporan yang dinyatakan dalam surat tersebut telah diterima NPRA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan situasi semasa laporan kepada umum dari semasa ke semasa.

Kenyataan tersebut adalah maklum balas susulan surat daripada Penjara Kajang yang tular di media sosial berkenaan 18 kes mengalami AEFI serius yang dilaporkan di dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara tersebut.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KES KESAN SAMPINGAN VAKSIN BANDUAN PENJARA KAJANG DISIASAT

https://www.utusan.com.my/covid-19/2022/01/kes-kesan-sampingan-vaksin-banduan-penjara-kajang-disiasat/