Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KPDNKK, PPIM BEKERJASAMA BANTERAS AHLONG, JUDI ATAS TALIAN – ISMAWEB – 12/11/2016
15 Nov 2016

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1438H, Sabtu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan (KPDNKK), sedia bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam membanteras kegiatan ‘hitam’ yang sekian lama mencengkam pengguna di negara ini.

Antara kegiatan ‘hitam’ yang sering menjadi mimpi buruk bagi pengguna adalah seperti ‘ahlong’, sindiket gores dan menang, judi atas talian dan banyak lagi.

Sehubungan itu, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau mencadangkan supaya PPIM menubuhkan sebuah koperasi yang disertai oleh pengguna seluruh Malaysia.

“Sebab saya mahu koperasi ini ditubuhkan adalah kerana saya faham, banyak yang kena tipu dengan ‘ahlong’, peniaga kecil-kecilan ini.

“Saya tak suka, bila orang kita buat pinjaman dengan ‘ahlong’, ia akan timbulkan banyak masalah. Melalui koperasi ini, ahli boleh buat pinjaman dengan koperasi, jangan lagi pinjam dengan ‘ahlong’,” katanya.

Sekiranya tertubuhnya koperasi ini, Hamzah berkata, beliau akan memberikan peruntukan bagi membantu memperkukuh usaha murni yang sudah 20 tahun dilaksanakan PPIM.

“Koperasi ditubuhkan, ada ahli sekurang-kurangnya 1,000 orang dan kemudian saya akan luluskan peruntukan RM5 juta,” katanya dalam ucapan perasmian di Forum Pengguna VI 2016 yang diadakan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, hari ini.

Malah, beliau berkata, bagi memberikan sokongan padu kepada PPIM, peruntukan bajet pada 2017 akan diberikan lebih daripada Bajet 2016.

“Kita tunggu dulu, yang mana boleh lulus, saya luluskan. Nanti kalau tak lulus, ada yang bangkitkan pula kata kerajaan tak lulus peruntukan,” selorohnya. http://www.ismaweb.net/2016/11/kpdnkk-ppim-bekerjasama-banteras-ahlong-judi-atas-talian/