Cair dengan pujukan dan tawaran pakej pembinaan rumah serendah RM40,000 Seunit dan Siap dalam tempoh singkat menjadi punca 51 individu di daerah ini terjebak dalam kes penipuan membabitkan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (JKGR).
Difahamkan 51 mangsa terdiri daripada suri rumah, pesara kerajaan, peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit apabila rumah banglo yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. Malah, kebanyakan mangsa masing-masing kerugian antara RM30,000 dan RM100,000 selepas membayar sejumlah deposit dan baki bayaran berperingkat kepada syarikat itu.
Mangsa, Nazri Ali, 51, berkata, pada peringkat awal dia dan individu lain terpengaruh dengan janji wakil syarikat itu yang membuat promosi secara besar-besaran melalui poster, taklimat dan iklan dalam media sosial.
“Malah, kami lebih teruja dan menganggap ia projek kerajaan apabila turut menggunakan nama ahli politik tempatan yang berpengaruh. “Kami juga tidak sedar syarikat terbabit sudah menimbulkan banyak masalah kepada sejumlah pembeli di Sabah, Selangor dan Perlis,” katanya ketika ditemui selepas membawa wartawan meninjau tapak kosong di Jalan Padang Gaung, di sini, Semalam.
Nazri yang juga seorang peniaga berkata, dia dan rakan mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila wakil atau pengurusan JKGR sukar dihubungi dan memberi pelbagai alasan untuk membina rumah selepas bayaran penuh dilunaskan. “Mereka (JKGR) cerdik apabila berusaha menyiapkan sebuah rumah contoh dan menggunakan rumah contoh itu untuk mengabui mata pembeli bahawa
mereka mampu menyiapkan rumah seperti dijanjikan dalam tempoh tiga bulan. “Kami masing-masing kerugian antara RM30,000 dan RM100,000, malah paling sedih ada yang menggunakan duit ganjaran pencen sebagai pegawai kerajaan dan simpanan puluhan tahun dengan harapan dapat memiliki rumah,” katanya. Seorang lagi mangSa, Soleha Othman, 54, berkata, dia dan rakan yang tertipu mengharapkan pihak berkuasa menyiasat secara mendalam dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik syarikat yang jelas menipu orang ramai.
“Pada saya bukan setakat 88 pembeli yang buat laporan polis yang mengalami nasib malang akibat ditipu, malah saya yakin lebih 500 mangsa termasuk yang belum membuat laporan polis terbabit dalam kes ini,” katanya. Kakitangan hotel, Muhammad Zakri Jantan, 37, berkata, setiap pembeli peru membayar deposit sebanyak RM5,000 sebelum diikuti baki bayaran antara RM30,000 dan RM50,000 yang perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan.
“Memang diakui reka bentuk rumah menarik dengan memiliki tiga bilik tidur, balkoni, ruangan keluarga dan makan, selain garaj kereta serta dapur yang Selesa, tapi habuk pun tiada,” katanya. Mereka tampil menjelaskan perkara itu berikutan tindakan polis menahan tiga suspek utama berkaitan kes penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta terdiri daripada Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman dan dua pemilik JKGR, semalam.
Harian Metro semalam melaporkan amarah ratusan mangsa dari seluruh negara susulan dakwaan berlaku penipuan dalam proses jual beli banglo semurah RM50,000 hingga RM60,000 sejak awal September lalu sedikit reda apabila seorang pelakon, Datuk Nurulliman A Rahman atau dikenali Sebagai Boy Iman ditahan polis. Boy Iman yang pernah membintangi pelbagai drama, filem dan telefilem ditahan polis bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak, di sini, bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rulmah membabitkan nilai keseluruhan RM6.2 juta.