Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MEMILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI – KENYATAAN MEDIA PPIM – 26/10/2022
26 Oct 2022

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-15 ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih. Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat.

“Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat”, katanya.

Tambah Nadzim lagi, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati citarasa rakyat.

Justeru itu, sebelum PRU-15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.