Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MEMILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI – SIDANG MEDIA PPIM – 26/10/2022
26 Oct 2022

Keadaan politik hari ini amat tidak stabil dan rakyat menderita dan ini menjejaskan ekonomi negara.  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima pelbagai aduan dan keluhan dari rakyat tentang keadaan ekonomi dan sosial yang huru-hara dikatakan akan bertambah buruk menjelang tahun 2023. Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Kami juga menerima berbagai pertanyaan yang diantaranya kami terima adalah “Siapa patut kami pilih?”

Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menangani senario ini dengan mencadangkan beberapa solusi dan kaedah bagi membantu rakyat memilih calon-calon yang “bagus” untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.