Keadaan politik hari ini amat tidak stabil dan rakyat menderita dan ini menjejaskan ekonomi negara. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima pelbagai aduan dan keluhan dari rakyat tentang keadaan ekonomi dan sosial yang huru-hara dikatakan akan bertambah buruk menjelang tahun 2023. Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Kami juga menerima berbagai pertanyaan yang diantaranya kami terima adalah “Siapa patut kami pilih?”
Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menangani senario ini dengan mencadangkan beberapa solusi dan kaedah bagi membantu rakyat memilih calon-calon yang “bagus” untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.