Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) serta pemain industri memohon agar pihak kerajaan dapat melanjutkan pemberhentian permohonan pengambilan pekerja asing sehingga dua bulan lagi iaitu pada Oktober 2022. Hal ini bagi membantu majikan dalam membuat permohonan pengambilan pekerja asing tanpa menggunakan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan dikeluarkan pada 1 September 2022 ini.
Susulan itu, satu sidang media telah diadakan bertempat di Presma, Sentul Raya Boulevard, Kuala Lumpur.