PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pengadu berarak dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menuju ke Menara Millenium di Kuala Lumpur, hari ini, berhubung pemberhentian khidmat pengusaha stesen minyak.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, tindakan itu yang dilakukan selepas solat Jumaat bagi menuntut pihak syarikat petroleum antarabangsa dapat memberikan penjelasan yang lebih jitu dan terperinci berkaitan tindakan mereka itu.
“Malah, tindakan syarikat minyak berkenaan juga dilihat jelas tidak memberikan peluang dan ruang kepada pengusaha untuk mendapatkan jawapan sewajarnya” katanya, di sini.
Selain itu, kehadiran Yusuf bersama pengusaha stesen minyak disambut oleh wakil syarikat berkenaan.
Wakil syarikat berkenaan bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan bersama wakil PPIM dan mangsa nanti.
“Namun, wakil syarikat itu tidak menyatakan secara terperinci masa dan tempat untuk mengadakan perbincangan terbabit,” katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/248521/minta-penjelasan-lebih-jitu