Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Minta penjelasan lebih jitu – Metro Online – 28/7/2017
29 Jul 2017

Snapshot

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pengadu berarak dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menuju ke Menara Millenium di Kuala Lumpur, hari ini, berhubung pemberhentian khidmat pengusaha stesen minyak.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, tindakan itu yang dilakukan selepas solat Jumaat bagi menuntut pihak syarikat petroleum antarabangsa dapat memberikan penjelasan yang lebih jitu dan terperinci berkaitan tindakan mereka itu.

 Beliau berkata, beberapa pengusaha stesen minyak terbabit diberikan notis pemberhentian perkhidmatan tanpa sebab sejak bulan lalu menyebabkan mereka berasa dianiayai.

“Malah, tindakan syarikat minyak berkenaan juga dilihat jelas tidak memberikan peluang dan ruang kepada pengusaha untuk mendapatkan jawapan sewajarnya” katanya, di sini.

Selain itu, kehadiran Yusuf bersama pengusaha stesen minyak disambut oleh wakil syarikat berkenaan.

Wakil syarikat berkenaan bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan bersama wakil PPIM dan mangsa nanti.

“Namun, wakil syarikat itu tidak menyatakan secara terperinci masa dan tempat untuk mengadakan perbincangan terbabit,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/248521/minta-penjelasan-lebih-jitu