Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MOSTI HORMATI PERANAN PPIM DALAM MEMPERJUANGKAN ISU KEPENGGUNAAN – FB DATUK HJ AHMAD AMZAD HASHIM – 02/02/2021
03 Feb 2021

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nadzim Johan, Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana sudi menerima undangan untuk berjumpa dengan saya pada pagi ini untuk berbincang mengenai beberapa isu termasuklah berkaitan berkenaan vaksin COVID-19.

Saya menghormati peranan yang penting dimainkan oleh PPIM dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan yg sangat penting terutamanya bila melibatkan akar umbi rakyat. Saya mengucapkan tahniah kepada PPIM yang sentiasa prihatin dengan isu rakyat.

Sememangnya kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan NGO seperti PPIM yang boleh menyalurkan isu isu dan keresahan rakyat kepada MOSTI. MOSTI pula boleh menyalurkan maklumat dan jawapan yang tepat kepada PPIM.

Saya sempat memaklumkan perkembangan berkaitan kemajuan perolehan vaksin Covid19 dan Pelan Imunisasi Covid19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan.

Vaksin pertama Pfizer telah kami umumkan akan diterima mulai 26 Februari 2021 dan mula disuntik kepada Frontliners terlebih dahulu. Pemimpin akan turut disuntik bersama frontliners sebagai tanda komitmen kerajaan mengikut urutan disusun oleh JKJAV.

Saya turut ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada YB Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang sebaik mengetahui kehadiran Ketua PPIM di pejabat saya, beliau sanggup keluar sekejap dari mesyuarat yg dihadirinya semata mata untuk meraikan selain sempat menerangkan beberapa perkembangan terkini.

Insyaallah semoga semua ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri MOSTI
2 Februari 2021

Artikel oleh: FB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

MOSTI HORMATI PERANAN PPIM DALAM MEMPERJUANGKAN ISU KEPENGGUNAAN

https://www.facebook.com/HajiAmzadKualaTerengganu/posts/3714683371981834