KUALA LUMPUR, 8 Oktober– Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh berperanan aktif menjadi mata dan telinga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi jenayah rasuah.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berkata usaha itu dilihat mampu membantu SPRM menyampaikan mesej antirasuah perlu secara menyeluruh terutama di peringkat belia.
Jelasnya Statistik SPRM menunjukkan jenayah rasuah di peringkat belia amat membimbangkan.
Oleh itu,beliau berharap dengan penglibatan NGO mampu memberi pendidikan bahaya rasuah dari bangku sekolah supaya dapat melahirkan nilai moral dan integriti yang tinggi dalam diri mereka.
“NGO ini mereka lebih bebas dan besar dalam negara kita jadi apa kita harapkan mereka menjadi mata dan telinga kepada sprm supaya mereka mengetahui sebarang kegiatan salah laku guna kuasa rasuah mereka mesti melaporkan kepada SPRM,” katanya selepas menghadiri Program Dialog Antirasuah SPRM bersama 26 NGO sempena Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-55 pagi tadi.
Antara objektif program itu adalah memberi pengetahuan dan kesedaran jenayah rasuah kepada wakil NGO mengenali peranan dan fungsi SPRM.
Artikel oleh: Berita RTM
NGO BOLEH BERPERANAN AKTIF MENJADI MATA TELINGA SPRM