Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PELANGGARAN SOP SEMBELIHAN, JAKIM BELUM TERIMA KEPUTUSAN SIASATAN – BERITA HARIAN – 11/05/2022
13 May 2022

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia.

Jurucakap JAKIM berkata pihaknya memang ada menempatkan pegawai yang memantau status Halal JAKIM di negara berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan bersama Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE), Australia.

Beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima keputusan berkaitan dakwaan itu.

Semalam media melaporkan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata perbincangan antara JAKIM dan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia diadakan pada 28 April lalu bagi memastikan hasil siasatan diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

Katanya, JAKIM tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak jika berlaku kesalahan dan ketidakpatuhan membabitkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal.

Pada masa sama beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menyiasat apa juga dakwaan salah laku berkaitan isu itu, termasuk jika ia membabitkan pegawai JAKIM.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) dan Sahabat 99, mendakwa perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia yang mendapat kelulusan JAKIM.

Presiden PEKEMAS, Faizan Mohd Nor, mendakwa ia berdasarkan bukti video dan gambar serta keterangan seorang bekas pekerja sembelihan di syarikat berkenaan.

Artikel oleh: Berita Harian

PELANGGARAN SOP SEMBELIHAN, JAKIM BELUM TERIMA KEPUTUSAN SIASATAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/954139/pelanggaran-sop-sembelihan-jakim-belum-terima-keputusan-siasatan