Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGELUARAN KHAS KWSP: PPIM MULA TERIMA ADUAN PENCARUM DIGANGGU SINDIKET PENIPUAN – ASTRO AWANI – 17/04/2022
21 Apr 2022

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan pihaknya mula menerima aduan daripada pencarum yang diganggu sindiket penipuan melibatkan permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Meskipun tiada data secara spesifik, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan laporan awal, sindiket itu dipercayai mencari mangsa secara dalam talian.

Justeru, beliau menasihati pencarum supaya lebih berwaspada dan tidak sesekali terjerat dengan sindiket itu.

“Dah dengar, mereka ini sebenarnya daripada dahulu lagi apabila ada berita berunsur duit nak turun, mulalah.

“Jadi kita harap mereka yang dapat bantuan khas KWSP ini agar berhati-hati. Jika perlu menyemak status dengan pihak kami, semaklah.

“Ini kerana terlalu ramai di luar sana yang macam nak menerkam sahaja. Sentiasalah berhati-hati,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri di Wisma Perkeso pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 650 bekas atlet kebangsaan menerima bantuan menerusi Program Bingkisan Aidilfitri anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Artikel oleh: Astro Awani

PENGELUARAN KHAS KWSP: PPIM MULA TERIMA ADUAN PENCARUM DIGANGGU SINDIKET PENIPUAN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengeluaran-khas-kwsp-ppim-mula-terima-aduan-pencarum-diganggu-sindiket-penipuan-357157