Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERISIAN PENGESANAN MYSEJAHTERA – KENYATAAN MEDIA PPIM – 31/03/2022
31 Mar 2022

Kepada: Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri

1.0      Perisian Penjejakan MySejahtera melalui Kod QR.

      1.1    Kami merayu agar perkara ini diberikan perhatian sebelum jam 11.59 malam, hari Khamis 31 Mac 2022.

      1.2      Perlindungan untuk Rakyat Malaysia.

1.2.1  Sebanyak lebih 2 juta status vaksinasi rakyat Malaysia yang direkodkan dalam MySejahtera akan Kembali kepada status “tidak divaksinasi” selepas tengah malam 1 April 2022.

1.2.2      Ada diantara rakyat Malaysia yang tidak termasuk dalam kumpulan di atas (para 1.2.1) telah memilih untuk mendapatkan hak mereka melindungi badan mereka daripada suntikan bahan ujian terapi gen yang efikasinya masih belum terbukti diberikan secara paksaan. Jumlah yang dilapor dikatakan ratusan ribu.

1.2.3   Sebagai tambahan ramai yang telah disuntik sepenuhnya sedang menunggu bukti saintifik dari KKM di sebalik efikasi vaksin tersebut bila disuntik kedalam tubuh mereka mampu untuk mengubahsuai genom manusia melalui teknik-teknik pengubahsuaian gen yang telah dibuktikan.

1.2.4  Rakyat Malaysia ini berhak mengikut undang-undang, untuk menuntut bukti keselamatan ubat terapi gen ini yang telah diluluskan untuk kegunaan tempatan di bawah EUA. Bukti saintifik yang disyaratkan sebagai ‘golden standard” masih belum didapati. (Ujikaji placebo “double blind” yang melibatkan fasa interphase yang ditekankan). Oleh yang demikian amat mustahak sekali bagi YAB Perdana Menteri menggunakan mandate yang diberi demi melindungi rakyat negara ini.

1.3   Kini, masih belum wujud bukti saintifik bahan ujikaji terapi gen ini mempunyai efikasi untuk mereka yang positif Covid dari virus Omicron dan mereka tidak dijamin selamat daripada AEFI atau kesan buruk selepas vaksinasi atau kematian akibatnya, lebih-lebih lagi versi mRNA.

1.3.1  Sehingga kini bukti-bukti telah menunjukkan walaupun Omicron lebih mudah untuk merebak, ia tidaklah berbahaya. Sehingga kini tiada rekod yang membuktikan kematian akibat varian ini yang dianggap tidak lebih hanya sebagai demam biasa.

1.3.2  Secara global, mekanisma pengesanan kontak yang telah dikuatkuasakan sejak penularan covid19 ini pada November 2019, telahpun dibubarkan, Ini adalah sifat Omicron yang tidak berbahaya.

1.4  Rakyat mempunyai hak untuk kehidupan selamat seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan, Oleh yang demikian, kami merayu YAB Datuk Seri, sebagai Perdana Menteri kami, supaya bertindak menghentikan aplikasi MySejahtera tertakluk kepada bukti saintifik yang membuktikan bahawa pengesanan kontak itu perlu dalam keadaan sekarang.

1.5  Pengabaian unsur-unsur jenayah dalam penganugerahan kontrak MySejahtera dan perlantikan kepada syarikat asing dan/atau agen-agen yang tidak mesra masih belum disiasat.

1.6    Repositori MySejahtera ditangan pihak-pihak bukan kerajaan adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

1.7   Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mempedaya YAB Datuk Seri, ahli-ahli Parlimen dan rakyat. Ini sama sekali tidak boleh diterima dan Khairy Jamaluddin perlu dipecat segera dari jawatannya itu.

Percubaan KJ dalam memberikan penerangan terhadap isu-isu ini makin menambah kekeliruan yang ada.

1.7.1 Pengakuan KJ yang beliau tidak mempunyai kaitan dengan MySejahtera hanya setelah menjadi Menteri Kesihatan adalah satu penipuan yang jelas dan tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh dianggap sebagai perbuatan khianat.

1.7.2    MySejahtera telah bersamanya sejak beliau masih di MOSTI lagi serta pendaftaran, perolehan dan kempen pelancarannya.  

1.7.3    Terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan yang beliau telah membuat kenyataan terbuka mengenai status MySejahtera semasa beliau di MOSTI.  

1.7.4    Beliau juga terlibat secara peribadi dalam semua aspek pembangunan, pelaksanaan dan juga pelancaran MySejahtera.

1.7.5    YAB Datuk Seri masih ingat bahawa rakyat Malaysia secara terbuka mempersoalkan penglibatan MOSTI dalam perkara ini di mana ianya jelas dibawah bidang kuasa KKM.

1.7.6    Datuk Seri sendiri telah melantik KJ sebagai Menteri Kesihatan dan beliau telah membawa keseluruhan portfolio MySejahtera ini bersamanya dalam kementerian itu.

1.7.7    Dalam satu temubual pada 29 Mac 2022, KJ telah menyebut bahawa tidak terdapat kontrak di antara pembangun perisian MySejahtera dan pihak vendor.

1.7.8    Bukti yang mengatakan ia adalah satu usaha CSR syarikat perlu disiasat dengan lebih teliti.

1.7.9    Perkara di atas telah menimbulkan beberapa persoalan.

1.7.9.1 Mengapa sekarang telah timbul mengenai sebuah syarikat persendirian yang memperolehi data-data yang sangat sulit dan peribadi yang diberikan kepada kerajaan atas dasar kepercayaan?

1.7.9.2 Perkara ini hanya menunjukkan operatif bersifat klandestin dan dakwan ke atas dakwaan terhadap syak yang baru bahawa syarikat yang dilantik membangunkan perisian itu adalah syarikat asing yang berpusat di US dan Singapura sejak dari awal.

1.8 Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas, kami merayu kepada YAB Datuk Seri agar MENGHENTIKAN ARAHAN PENGGUNAAN MYSEJAHTERA mulai sekarang dan memecat YB Khairy Jamaluddin dari jawatan Menteri Kesihatan tertakluk kepada siasatan Suruhanjaya DiRaja. 

2.0     Rakyat akan bertindak terhadap Kerajaan

Sebagai menteri kesihatan, Khairy telah mengumumkan bahawa kira-kira 2.5 juta orang akan hilang status vaksinasi lengkap bermula 1 April 2022.

Saya bagi pihak ahli-ahli PPIM dan juga seluruh rakyat seperjuangan ingin memberi peringatan tegas kepada Khairy supaya tidak meneruskan niatnya  yang telah diacukan kepada mereka yang tidak mahu mengambil dos penggalak.

Dengan lebih 10 juta pengikut, kami yakin suara kami akan didengari dan dipersetujui oleh rakyat khususnya mereka yang teraniaya oleh program vaksinasi kebangsaan samada secara terus atau sebaliknya.

Khairy sedang memaksa orang ramai untuk mengambil vaksin lebihan dan memanggilnya dos penggalak dan perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana dia sendiri telah mengesahkan tiada paksaan untuk pengambilan vaksin dan pengambilan dos penggalak juga adalah secara sukarela.

Namun dengan memberikan ugutan bahawa 2.5 juta warganegara yang tidak mengambil dos tambahan vaksin itu akan hilang status vaksinasi mereka, keadaan bakal menjadi huru hara apa bila golongan ini bakal di diskriminasi oleh pelbagai pihak seperti majikan, Ajk surau dan masjid, malah untuk berurusan di jabatan kerajaan juga, mereka akan menghadapi masalah. Mereka hanya boleh berbuat satu perkara sahaja iaitu mengundi. Oleh itu kami di PPIM akan memastikan mereka faham akan situasi ini dan memilih pemimpin yang mendengar suara rakyat, memudahkan urusan rakyat dan mengutamakan rakyat bukannya jabatan kesihatan luar negara.

3.0     Notis terhadap YAB Datuk Seri dan UMNO

Dengan penuh rasa hormat kepada YAB Datuk Seri sebagai Perdana Menteri organisasi kami terpaksa mengeluarkan notis kepada Datuk Seri dan ahli-ahli Parlimen UMNO agar lebih bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang diambil demi kepentingan  rakyat Malaysia.

Saya sendiri telah berikrar secara peribadi akan turun ke padang dan berkempen menentang mana-mana ahli parlimen yang menyokong suntikan vaksinasi yang berterusan ini. Lebih lagi dengan adanya maklumat-maklumat terkini yang boleh didapati secara mudah,  mana-mana ahli-ahli Parlimen yang mengabaikan isu ini akan kami maklumkan kepada rakyat agar mereka lebih bijak dalam membuat pemilihan ketika plihanraya umum akan datang.

Saya sedar bahawa pengikut saya adalah pengikut-pengikut tegar bersama-sama mereka yang menanggung AEFI, mereka yang kehilangan orang tersayang akibat vaksinasi dan dos penggalak. Mereka akan bersama-sama kami dan yakinlah kami akan membuat ikrar ini dengan rasa rendah diri sebagai hamba Allah. Jika perlu, kami akan membantah penglibatan YAB Datuk Seri di Bera dan memastikan seluruh pengundi disana mendapat maklumat yang tepat, InsyaAllah.   

Demi Allah, kami tidak akan berundur dari kata-kata kami. Rakyat Malaysia telah terdera dan tercedera akibat AEFI dan ada di antara mereka kini berbaring kesakitan serta data-data peribadi telah diserahkan secara rasmi di atas dulang emas kepada agen-agen dengan agenda-agenda tersembunyi.

Kami telah diperdaya dan ditipu oleh ahli kabinet Datuk Seri sendiri, tapi Datuk Seri dilihat seperti tidak mengendahkannya malah menyokong oerbuatan mereka. Kami meletakkan Datuk Seri dan UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan ini, segala fitnah dan khianat oleh pentadbiran Datuk Seri menjelang PRU15 ini. Semoga semua yang terlibat di atas pentas jenayah terhadap kemanusiaan ini akan jawab di hadapan yang maha Esa di akhirat nanti.