Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM HARGAI PENGORBANAN PETUGAS MEDIA – KENYATAAN MEDIA PPIM – 31/03/2022
31 Mar 2022

KHAMIS, 31 MAC – Sejak kebelakangan ini pelbagai isu melanda negara yang memerlukan perhatian ramai.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif untuk menggerakkan usaha membantu rakyat dan memperjuangkan hak rakyat secara lebih proaktif.

Bagi menjayakan misi PPIM, kerjasama baik bersama agensi media memainkan peranan penting.

PPIM menghargai jasa pengorbanan petugas media yang sentiasa bersedia mewarwarkan berita yang tepat dan membangun untuk rakyat.

Sempena Ramadan yang bakal tiba, PPIM telah menganjurkan sebuah majlis minum petang bagi meraikan petugas media dan rakan seperjuangan PPIM.

Pada majlis yang dihadiri hampir 100 orang tetamu itu, wartawan siaran TV Al Hijrah membawa pulang hadiah utama sebuah peti sejuk jenama Haeir.

Mohammad Zaim Mohd Zamani yang bertugas di TV Al Hijrah itu mengucapkan rasa syukur dan terima kasih.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi turut mengumumkan anugerah media pengguna.

“Kami akan membuat penilaian laporan berita terbaik berkaitan isu pengguna dan perjuangan PPIM,” katanya.

Majlis minum petang hari ini ditaja oleh Restoran Anis Puteri Ikan Bakar. Manakala penaja lain yang turut terlibat juga termasuk Pasaraya Lulu, Court’s Mammoth, Fuzz Trac, D’Tandoor, Zain’s International, Royale Burger, HERV, Gardenia, EzeeFood, dan Dodol Tok Nah.