Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM PUJI PENGLIBATAN MEDIA DALAM PERJUANGAN KEPENGGUNAAN ISLAM – SUARA KEADILAN – 01/04/2022
01 Apr 2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuji penglibatan media dalam mendedahkan masalah rakyat dan pengguna yang dibawa oleh persatuan itu sejak lebih dua dekad lalu.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, penglibatan media penting dalam menyiarkan pendedahan yang melibatkan pengguna dan masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, PPIM menghargai lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1997 lalu.

Oleh itu, katanya, pada masa hadapan rakyat terutama yang beragama Islam tidak boleh leka lagi dengan hak hak dan persekitaran mereka. Apa sahaja isu yang menjejaskan kepentingan pengguna boleh diperjuangkan dengan bantuan media.

“Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita

“Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya,” katanya lagi.

PPIM sebelum ini berjaya mendapat sorotan media dalam hal hal berkaitan agihan bekakan makanan Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot CocaCola, Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa Program perbincangan isu semasa di televisyen.

Pertubuhan itu memiliki 120 orang petugas sepenuh masa dan mendapat kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah semakin meningkat setiap hari.

Artikel oleh: Suara Keadilan

PPIM PUJI PENGLIBATAN MEDIA DALAM PERJUANGAN KEPENGGUNAAN ISLAM

https://www.suarakeadilan.my/post/ppim-puji-penglibatan-media-dalam-perjuangan-kepenggunaan-islam