PPIM menyokong seruan di Twitter milik Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi sejak 28 Disember lalu demi memperkasakan martabat tulisan warisan tersebut.
“Mulai hari ini, saya akan menulis dalam jawi dalam Twitter untuk memperkasakan tulisan jawi warisan kita,” tulisnya.
Menurutnya lagi, tulisan jawi merupakan tulisan warisan Melayu dan menyeru rakyat Malaysia sama-sama memartabatkan tulisan ini.
“Perkara ini menjadi isu tentang masyarakat yang tidak tahu menghormati warisan negara. Isu tidak puas hati mengenai tulisan jawi tidak sepatutnya timbul . Mereka yang menentang perkara ini perlu faham yang kita bukan nak bergaduh tapi nak buat baik. Masalahnya isu ini dimulakan oleh orang politik dan saya pun tidak faham mengapa mereka “melompat” sangat,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.
PPIM menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang menentang dan mempolitikkan isu ini secara sengaja. Hal ini kerana tiada perkara yang perlu dipolimikkan mengenai tulisan jawi.
#toqqitegur #toqqinasihat #PPIMprihatin #Malaysiaku #2020 #TuankuPermaisuri #PPIMsokong #Negaraku #tulisanjawi