Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, BANTUAN RM65,000 BAIK PULIH MADRASAH – ASTRO AWANI – 24/07/2022
25 Jul 2022

KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbangkan sebuah van jenazah dan dana RM65,000 bagi membaik pulih madrasah di Kampung Raja Hilir serta Kampung Tirok, Machang, Kelantan.

Menurut PPIM, serahan sumbangan itu yang berlangsung pada Sabtu turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi “Charity Ride”, membabitkan sebanyak 20 buah motosikal jenis Harley Davidson.

“Sumbangan yang diserahkan adalah hasil daripada sumbangan orang ramai di platform atas talian iaitu sumbangan.com.

“Bagaimanapun, dana sumbangan bagi Kempen Van Jenazah ini juga masih tidak mencukupi sebanyak RM30,000 untuk memastikan orang ramai mendapat manfaat menerusi kempen ini,” kata PPIM dalam kenyataan, hari ini.

Jelas PPIM lagi, pihak mereka menyasarkan sumbangan sebanyak 10 buah van jenazah dan ia masih dalam senarai menunggu.

Katanya, dana yang diperlukan bagi pembelian sebuah van jenazah baharu yang siap diubah suai dianggarkan sebanyak RM165,000.

Justeru, orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari platform sumbangan.com, atau menghubungi Siti Khadijah di talian +6012-357 8663 atau Anis Sakinah di talian +6018-967 2930.

Artikel oleh: Astro Awani

PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, BANTUAN RM65,000 BAIK PULIH MADRASAH

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-sumbang-van-jenazah-bantuan-rm65000-baik-pulih-madrasah-372665