Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, DANA RM65,000 – SUARA TV – 24/07/2022
25 Jul 2022

MACHANG: Prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbangkan sebuah van jenazah dan dana RM65,000 bantuan baik pulih madrasah masing-masing di Kampung Raja Hilir serta Kampung Tirok, di sini semalam.

Serahan sumbangan itu turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi “Charity Ride” yang membabitkan sebanyak 20 buah motorsikal jenis Harley Davidson.

Sukarelawan PPIM dan kumpulan konvoi motorsikal KINGZ MG mula bertolak pada jam 8 pagi di Tol Gombak dan tiba di Kampung Raja Hilir sekitar jam 3 petang itu turut mendapat sambutan daripada persatuan penduduk di Kampung Raja Hilir, Kelantan.

Sumbangan yang diserahkan adalah hasil daripada sumbangan orang ramai di platform atas talian iaitu sumbangan.com

Bagaimanapun, dana sumbangan bagi Kempen Van Jenazah ini juga masih tidak mencukupi sebanyak RM30,000 untuk memastikan orang ramai mendapat manfaat menerusi kempen ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari platform sumbangan.com yang mensasarkan sumbangan van jenazah sebanyak 10 unit yang masih dalam senarai menunggu.

Ini kerana dana diperlukan bagi pembelian sebuah van jenazah baru yang siap diubahsuai adalah sebanyak RM165,000.

Kempen yang dikelolakan oleh Unit Kebajikan PPIM ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari KINGSZ Motorcycle Group, Berqat.com dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Khadijah di talian +6012-357 8663 (Pn. Siti Khadijah) atau Cik Anis Sakinah di talian +6018-967 2930.

Artikel oleh: Suara TV

PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, DANA RM65,000

https://suara.tv/24/07/2022/ppim-sumbang-van-jenazah-dana-rm65000/