Dalam usaha membantu rakyat yang kurang berkemampuan, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah memperkenalkan program Baucar Perlindungan Tenang.
Program ini bertujuan untuk rakyat yang berpendapatan rendah atau penerima bantuan Kerajaan mendapatkan perlindungan insurans.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan berkaitan Baucar Perlindungan Tenang yang telah ditebus oleh beberapa syarikat-syarikat insurans tanpa pengetahuan dan kebenaran individu yang menerima perlindungan.
Justeru itu, PPIM telah mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan berhubung isu ini.