Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TAHAP KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA DALAM BAHAYA – SIDANG MEDIA PPIM – 18/10/2022
18 Oct 2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat kesal namun tidak terkejut dengan pendedahan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan wakil Pfizer, pengeluar vaksin C0VID-19 bahawa vaksin keluaran syarikat itu tidak diuji sebelum penggunaan kepada manusia.

PPIM secara konsisten telah mempersoalkan penggunaan vaksin C0VID-19 kerana pihak pengeluar begitu yakin mereka mampu menghasilkan vaksin yang berkesan untuk penyakit yang baharu ditemui manusia dan saintis.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menyuarakan kebimbangan PPIM serta mahu penjelasan oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang begitu yakin dengan produk yang tidak diyakini pihak pengeluarnya sendiri.