Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengisytiharkan ‘perang’ bagi membasmi kegiatan bertaruh judi dan membeli nombor ramalan dalam kalangan umat Islam di ibu kota.
Sehingga kini lebih 300 ‘kaki nombor ramalan’ diberkas dalam operasi diadakan setiap minggu sejak awal tahun ini sebelum mereka didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya kini lebih agresif mengekang kegiatan tidak bermoral dilakukan orang Islam itu.
Menurutnya, individu yang ditahan boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi dua tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000. – Harian Metro