Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE HQ AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD – PPIM – 22/02/2024
22 Feb 2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan lawatan ke HQ Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, syarikat peruncit sukan terkemuka di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menzahirkan kekagumannya terhadap pencapaian Al-Ikhsan Sports dalam membangunkan dan memperluaskan perniagaan sukan di Malaysia.

Toqqi menekankan pentingnya menyokong syarikat tempatan yang berjaya dalam industri ini dan berjanji untuk terus membantu memperkuatkan ekosistem perniagaan sukan negara.

Pengasas Al-Ikhsan Sports, Tuan Hj Ali Hassan berkongsi pengalaman membina empayar Al-Ikhsan yang bermula pada tahun 1993 dengan sebuah kedai kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru dan berkembang menjadi syarikat besar dengan lebih dari 188 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.