Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Rancangan My Halal 2017 : Virus Maya E-Aduan – RTM Tv 1 – 15/03/2017
15 Mar 2017

Hari ini Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) dan Ketua Seksyen Harta Inteleks Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Hj. Rosli B. Ahmad dipanggil untuk wawancara dalam rancangan My Halal 2017 bertajuk Virus Maya di RTM TV 1.

Perbincangan ini berkaitan dengan isu-isu halal yang telah dilaporkan kepada KDNKK dan PPIM.

“Pada masa itu, betul tepung itu tertulis mengandungi Benzoyl Peroxide, tetapi sekarang sudah tiada.” Toqqi memberi contoh di mana pada masa itu terdapat beberapa pengeluar tepung menulis dan menggunakan benzoyl di dalam produk mereka tetapi kini sudah tidak lagi. Oleh itu, setiap informasi yang diterima berkenaan halal hendaklah diperiksa terlebih dahulu sebelum menggunakannya dan memeriksa kesahihan informasi sebelum menyebarkannya kepada rakan.

Semasa rancangan ke udara bersiaran secara langsung Toqqi mengambil kesempatan untuk melontarkan cadangan yang telah dicadangkan beliau sebelum ini iaitu untuk setiap produk yang mengandungi unsur-unsur babi dan anjing  hendaklah dicop atau label dengan gambar haiwan tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pengguna yang mempunyai masalah membaca.

selain itu, Toqqi juga mencadangkan agar Jakim dijadikan sebagai sebuah Badan Kementerian dan selain itu mempercepatkan akta-akta halal.

Dengan ini, kita sebagai pengguna hendaklah lebih bijak dalam memilih produk dan menimba ilmu dalam hak-hak kepenggunaan.

WhatsApp Image 2017-03-15 at 6.32.43 PM